Bila mengendalikan program Team Building ni, kami akan berjumpa dengan pelbagai ragam manusia.
Ada yang datang…
Muka tak puas hati
Muka macam nak cari gaduh
Dan bermacam lagi lah kalau nak cerita hahaha
Namun, saya tak boleh lupa kan satu program Team Building ni. Biasanya sesi ice breaking kami ni akan mengambil dalam 15-20 minit untuk peserta betul-betul nak engange dengan kami.. Tapi kali ni berlainan.
Agak-agak apa yang berlaku?.. Haaa.. Mesti suspend kan
Aktiviti Ice Breaking ni berlarutan lebih daripada 45 minit. Gara-gara seorang peserta.
Iye, seorang peserta.
Kenapa dengan peserta ni? Dia bukan sakit, dia juga bukan nakal.. Tapi dia paling ANNOYING…
Kau orang faham tak apa itu annoying? Orang yang mengganggu dalam kelas dan menjengkelkan. Suka buat lawak bodohlah, menyampuk penceramah cakap dan macam-macam lagi.
Disebabkan oleh si A ni suka menyampuk, ia menjadikan kelas tu agak suram (sebab dia suka cari salah penceramah) dan kawan-kawannya yang lain malu dengan tindakannya.
Kalau Jurulatih yang takde pengalaman, memang boleh spoil mood kelas. Mujur Allah nak lindung saya. Saya ni seorang Pesara Guru. So adalah ilmu psikologi dan pedagogi tu sikit. Jadi tahulah nak handle orang macam ni camner kan..
Terus saya teringat satu teori psikologi. Orang macam ni sebenarnya mereka memerlukan perhatian. Jadi, saya pun ubah watak saya menjadi lebih hyper daripada dia. Sebagai trainer, kita tak boleh nampak lembik depan pesera. Kita mesti sentiasa kena up one level daripada peserta.
So, apa yang saya lakukan? Saya berikan si A lebih perhatian. Bukan itu je, saya jadikan dia ketua untuk satu aktiviti. Mula-mula, kawan-kawan mereka semua pelik.Agaknya, dalam hati mereka cakap “Gila penceramah ni, dah lah si A ni selalu kacau dan menyampuk. Dilantiknya pula A jadi Ketua Kumpulan”..
Saya sejenis yang berani ambil risiko. Kalau plan A tak boleh, ada je plan B. Peserta yang lain pun dah mula suspend. Mereka ingat kelas akan jadi haru biru.
Bila A mula ambil peranan dia, suasana kelas berubah 180 darjah. Dari boring dan annoying, terus jadi happening. Semua orang ketawa, seronok, dan mula bagi kerjasama penuh. A pun jadi tumpuan dengan cara yang positif. Alhamdulillah, Syukur kepada Allah
Selesai program 3 hari 2 malam, A datang kepada saya dan dia cakap, “Encik, saya tak pernah rasa program best macam ni. Ikutkan hati saya tak nak datang ke sini sebabkan urusan di rumah tu bergantung penuh kat saya.” luahnya ringkas.
Saya balas, “Mungkin ada sebab Allah temukan kita Tuan. Semoga tuan dapat manfaat daripada program kami ni”. Terus dia peluk saya erat-erat sebagai tanda terima kasih.
Ada pekara penting yang saya belajar hari tu. Tak semua peserta datang ke program kita dengan kerelaan hatinya. Sebagai seorang Jurulatih, kita kena pandai mainkan watak dan kreatif untuk memahami psikologi dan kesediaan peserta. Kalau anda mahir, situasi negatif boleh bertukar menjadi ceria dan pembelajaran akan menjadi lebih mudah. Semua pun dengan izin Allah.
Belum habis lagi, bulan lepas. Takdir Allah saya terserempak A dari jauh dengan isteri dan anak-anaknya. Elok normal je perangai dia kat luar, hahaha. Tu bermaksud, memang dia ni betul-betul tak nak datang kursus dan terpaksa datang hari tu, hahaha
Alhamdulillah, Syukur kepada Allah kerana memudahkan semua perkara